Pogba kembali ke pangkuan Juventus kali kedua

Pogba kembali ke pangkuan Juventus kali kedua

LONDON – Saya telah kembali semula ke Juventus!

Itu luahan gembira Paul Pogba yang teruja kembali semula ke kelab Serie A Itali itu Juventus buat kali kedua.

Pemain itu berjaya melengkapkan perpindahan semula ke bekas Juara Serie A itu secara percuma dari Manchester United minggu ini.

Kelab gergasi Serie A itu berkongsi satu video dalam laman Twitter rasmi kelab itu mengenai kelibat bintang Perancis itu yang mendarat di lapangan terbang di Turin menjelang perpindahan percuma kelab berkenaan.

Pogba juga dalam twitter rasminya memuat naik reaksi gembiranya yang berbunyi:”Saya kembali. Saya di sini, tidak sabar untuk memulakan musim baharu dan menyarung jersi Juventus sekali lagi.”

Para peminat kelab Serie A itu yang berkumpul di lapangan terbang untuk menyambut Pogba teruja selepas pemain itu turun dari kenderaan dan melambai ke arah penyokong setia Juventus.

Pogba dijangka diumumkan sebagai pemain sah Juventus dalam masa 24 jam lagi selepas proses dokumentasi terakhir dan ujian kecergasan perubatan selesai dijalankan pada Sabtu.

Selepas kali pertama meninggalkan Old Trafford secara percuma ketika zaman remaja Pogba menjulang empat kejuaraan Serie A bersama Juventus sebelum kembali ke Theatre of Dreams dengan yuran rekod dunia £89 juta pada 2016.- BBC Sport

Scroll to Top