Pogacar kuasai peringkat ke-14 Le Tour de France

Pogacar kuasai peringkat ke-14 Le Tour de France

Saint-Lary-Soulan(Perancis): Tadej Pogacar memperluaskan kedudukan keseluruhannya dalam Tour de France apabila dia memenangi peringkat ke-14 di Pyrenees.

Saingan utamanya Jonas Vingegaard berada di tempat kedua dengan 39 saat di belakangnya, manakala Remco Evenepoel di tempat ketiga dengan 1 minit 10 saat.

Menjelang satu lagi laluan lebih mencabar di Pyrenees,Pogacar menjarakkan kelebihannya kepada 1 minit 57 saat ke atas Vingegaard, manakala Evenepoel jatuh ke tempat ketiga dengan 2 minit 22 saat.

Dengan tambahan saat bonus, kemenangan peringkat ke-13 dalam Tour de France, Pogacar memperluaskan kelebihannya dengan 43 saat.

“Rancangannya adalah untuk sampai ke penghujung dan membuat pecutan lebih bertenaga, mungkin mengambil beberapa saat dan kemenangan untuk peringkat itu. Tetapi akhirnya ini lebih baik.

“Saya sangat, sangat gembira mendapat ini,” kata Pogacar.

Pasukan Pogacar, UAE, menunggu sehingga pendakian ketiga dan terakhir hari itu sebelum Adam Yates untuk menyerang tujuh kilometer dari garisan penamat pada pendakian sejauh 11km ke Pla d’Adet.

Penunggang dari England itu menunggu untuk membantu selepas pelumba dari Slovenia itu melancarkan serangannya sendiri.

Apabila Pogacar melepaskan pecutan yang hebat, dua pesaing podiumnya mengikutinya, tetapi sama ada kurang bersedia atau tidak mampu menandingi kelajuannya.

Ā© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top