PMX Jawab Kenyataan Dari Pemimpin DAP Mengenai Sijil Halal Yang Dikatakan Tambah Beban Peniaga | Oh! Media

PMX Jawab Kenyataan Dari Pemimpin DAP Mengenai Sijil Halal Yang Dikatakan Tambah Beban Peniaga | Oh! Media

Baru-baru ini Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok telah mengeluarkan kenyataan bahawa cadangan mewajibkan sijil halal akan menambah beban peniaga dan memalukan negara.

Terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan kenyataan dari Teresa Kok adalah bersifat peribadi.

Dia mewakili pandangan individu walaupun ada cadangan ada ā€œconcernā€ bawa dalaman mesyuarat PH dan Kabinet akan teliti tidak payah buat begini.

Ini menimbulkan kontroversi yang tidak relevan dan pada masyarakat kita. Ada masalah peraturan itu perlu supaya umat Islam tidak rasa was-was.

PMX juga memaklumkan sentimen orang Islam dan bukan Islam perlu dijaga. Selain itu, negara kini sudah dalam keadaan baik dan politik sudah stabil termasuk ekonomi yang meningkat.

Kesimpulannya, Jangan munculkan isu atau perkara yang boleh merosakkan kestabilan politik dan ekonomi negara. Khuatir disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.

Scroll to Top