PM Kemboja beri anugerah kepada bekas wartawan sukan Malaysia

PM Kemboja beri anugerah kepada bekas wartawan sukan Malaysia

Hun Manet (kiri) anugerahkan Royal Order Monisarapon Mohaseng kepada S T Arasu, pada Jumaat. – Foto Bernama

PERDANA Menteri Kemboja, Hun Manet menganugerahkan Royal Order Monisarapon Mohaseng kepada bekas wartawan sukan Malaysia yang kini terlibat dalam pengurusan acara sukan, S T Arasu, pada Jumaat lepas.

Arasu, 59, yang menyertai Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja sebagai perunding pada 2021 memainkan peranan penting dalam persediaan temasya dwitahunan itu yang menyaksikan Kemboja menjadi tuan rumah buat kali pertama dalam tempoh 64 tahun.

Bekas wartawan akhbar The Star itu berkhidmat sebagai perunding untuk Sukan SEA ke-32 dan Sukan Para ASEAN ke-12 yang masing-masing berlangsung pada Mei dan Jun lepas.

Majlis penganugerahan diadakan di Stadium Nasional Morodok Techo di Phnom Penh, sempena sambutan khas bagi menandakan kejayaan Kemboja menganjurkan temasya berkenaan.

Scroll to Top