Piala Malaysia: Sri Pahang mara ke final selepas tewaskan Sabah

Piala Malaysia: Sri Pahang mara ke final selepas tewaskan Sabah
Piala Malaysia: Sri Pahang mara ke final selepas tewaskan Sabah

Sri Pahang FC menempah tiket ke final dalam aksi penuh dramatik apabila mara dengan aggregat, 3-2 menundukkan Sabah FC, 2-1 pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2025 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) di sini malam tadi.

SELEPAS 11 tahun kempunan ke pentas akhir, Sri Pahang FC menempah tiket ke final dalam aksi penuh dramatik apabila mara dengan aggregat, 3-2 menundukkan Sabah FC, 2-1 pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2025 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) di sini, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan terpaksa beraksi hingga ke masa tambahan selepas terikat seri,1-1.

Penyerang Tok Gajah, Kpah Sherman muncul wira pasukan selepas menjaringkan gol menewaskan penjaga gawang lawan, Damien Chien pada m-107.

Pada separuh babak pertama perlawanan, Tok Gajah terus menggasak sebaik babak pertama bermula.

Skuad tuan rumah nyaris mencemaskan gawang lawan dengan dua cubaan kapten Tok Gajah, Kpah Sherman pada m-15 dan m-23 namun keduanya-duanya sekadar melepasi palang gol.

Sri Pahang terus menggandakan asakan namun kegagalan penyudah menghalang skuad itu menghasilkan jaringan.

Kpah Sherman (kanan) muncul wira Tok Gajah dalam perlawanan tersebut.

Kpah Sherman (kanan) muncul wira Tok Gajah dalam perlawanan tersebut.

Namun 10 minit terakhir menyaksikan skuad Sang Badak melakukan asakan di depan gawang tuan rumah dengan beberapa cubaan mencemaskan kem Tok Gajah namun kedudukan kekal tanpa sebarang jaringan hingga tamat separuh babak pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan saling menggasak namun penyudah tumpul menghalang hajat mereka membolosi gawang masing.

Tuan rumah akhirnya meraih gol pertama perlawanan hasil kesilapan pemain Sabah, Taesu Park tertampan bola ke gawang sendiri pada m-72 sekali gus mengegarkan stadium yang dipenuhi 8,461 penonton.

Namun lawan kembali menyamakan kedudukan menerusi jaringan Kumaahran Sathasivam pada m-77.

Kedudukan kekal 1-1 hingga wisel dibunyikan pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali memaksa permainan bersambung ke masa tambahan.

15 minit masa tambahan menyaksikan kedua-dua pasukan masih buntu menambah jaringan.

Bersambung 15 minit seterusnya, stadium digegarkan dengan jaringan pemain import Pahang, Kpah Sherman pada m-107.

Keputusan tersebut menyaksikan Pahang berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir sekali gus mengulangi pentas akhir Piala Malaysia 2014 yang menyaksikan Tok Gajah menjulang piala tersebut.

Scroll to Top