Piala FA: Plymouth bikin Liverpool terkedu di Home Park

Piala FA: Plymouth bikin Liverpool terkedu di Home Park
Piala FA: Plymouth bikin Liverpool terkedu di Home Park

Hardie wira Plymouth ketika menumbangkan pasukan pilihan Liverpool dari pentas Piala FA.

MISI quadruple Liverpool musim ini lebur apabila juara lapan kali itu ditunjukkan jalan keluar Pusingan Keempat Piala FA, kelab Liga Kejuaraan, Plymouth Argyle,1-0 pada Ahad.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) kendalian Arne Slot juga yang melangkah ke Pusingan 16 Liga Juara-Juara tampil ke Stadium Home Park dengan status pasukan pilihan.

Namun The Pilgrims kendalian Miron Muslic yang sedang bergelut mengelak penyingkiran dari saingan tahap dua kejuaraan bola sepak England tersebut menghadirkan tentangan sengit.

Situasi itu menyaksikan Liverpool ketandusan idea apabila hanya berjaya

melakukan satu percubaan ke sasaran James McConnell yang dinafikan penjaga gol Plymouth, Conor Hazard.

Liverpool juga membuat perubahan besar apabila merehatkan Mohamed Salah, Virgil van Dijk, Alisson Becker dan Alexis Mac Allister menjelang Derbi Merseyside menentang Everton di Stadium Goodison Park pada Khamis.

Detik kemaraan The Pilgrims bernyala apabila dihadiahkan sepakan penalti yang kemudian disempurnakan Ryan Hardie menewaskan penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher minit ke-53.

Anak buah Slot meningkatkan tekanan selepas itu namun Hazard menjadi wira Plymouth apabila pemain Ireland Utara itu cemerlang menafikan voli Diogo Jota masa tambahan, serta tandukan Darwin Nunez.


PIALA FA

Pusingan Keempat

Keputusan

Blackburn Rovers 0-2 Wolverhampton Wanderers

Plymouth Argyle 1-0 Liverpool

Aston Villa 2-1 Tottenham Hotspur

Scroll to Top