Piala FA: JDT menang tipis di Darul Aman

Piala FA: JDT menang tipis di Darul Aman

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa menungu hingga minit akhir untuk menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama saingan Piala FA di Stadium Darulaman, Kedah sebentar tadi.

JDT terlebih dahulu selesa berada di depan 1-0 dalam separuh masa pertama hasil jaringan Oscar Arribas pada minit ke-24.

Gol itu hadir menerusi hantaran cantik daripada Heberty Fernandes untuk meletakkan JDT di hadapan.

Separuh masa kedua menyaksikan JDT lebih agresif mengasak kubu pertahanan Sang Kenari tetapi Kalamullah Al-Hafiz berjaya menyelamatkan gawang daripada bolos dengan jaringan besar.

Anak buah Nafuzi Zain bagaimanapun berjaya menggamat penyokong menerusi jaringan tandukan Habib Haroon pada minit ke-87 perlawanan untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Namun masa tambahan pada minit ke-98 mengecewakan tuan rumah apabila Romel Morales muncul wira Harimau Selatan selepas menolak masuk bola untuk memastikan JDT berkelebihan dengan satu jaringan dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim nanti. – MalaysiaGazette