PGA tahan dua tekong darat, 20 PATI

PGA tahan dua tekong darat, 20 PATI

KOTA BHARU: Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan warga tempatan dan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) sekali gus mematahkan aktiviti pemerdagangan manusia selepas menyerbu sebuah hotel di Jalan Tok Guru di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 4 pagi itu, PGA menahan 15 PATI warganegara Indonesia, Myanmar (2) dan India (2).

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kesemua mereka yang ditahan itu masing berusia antara 36 hingga 54 tahun termasuk dua orang tekong darat.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kesemua PATI itu gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri atau perjalanan masuk yang sah kerana negara ini.

“Kita percaya mereka memasuki negara ini menggunakan laluan yang tidak diwartakan.

“Kesemua PATI ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 sementara tekong darat di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ANTIPSOM) 2007,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGa turut merampas dua buah kenderaan berserta dua unit telefon bimbit yang digunakan untuk kegiatan menyeludup turut dirampas.

Katanya, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan pemerdagangan manusia dari terus berleluasa di sempadan negara.-UTUSAN

Scroll to Top