Pesawat Superjet 100 terhempas, 3 maut

Pesawat Superjet 100 terhempas, 3 maut

MOSCOW – Sebuah pesawat yang membawa tiga kru terhempas di kawasan hutan dekat Moscow hari ini, menyebabkan kesemua yang berada didalamnya terbunuh.

Pesawat Superjet 100 buatan Rusia itu sedang melakukan penerbangan ujian setelah menjalani pembaikan berjadual dan ia terhempas kira-kira sejam selepas berlepas, menurut agensi berita Rusia, Tass.

“Menurut maklumat awal, tiga juruterbang terbunuh,” kata perkhidmatan kecemasan seperti dipetik agensi berita itu.

Pesawat tersebut menuju ke Lapangan Terbang Vnukovo di Moscow, menurut media milik kerajaan.

Ia terhempas di kawasan hutan di daerah Kolomensky, kira-kira 60 kilometer tengara ibu negara, lapor agensi berita RIA

Kepulan asap dari lokasi kemalangan boleh dilihat pada gambar dan video yang dikongsi di laman media social.

Para penyiasat Rusia telah membukn siasat jenayah berhubung kemalangan tersebut, kata RIA. – AFP