Pesara tentera laut yang dikenali sebagai Sumadi Ibrahim, 51, menjadi perhatian ramai apabila kini bekerja sebagai pengutip bola golf sehingga meraih pendapatan lumayan berjumlah RM8,000 sebulan.
Difahamkan, Sumadi sudah berkhidmat selama 22 tahun berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia ditugaskan dalam kapal-kapal yang meronda perairan penuh dengan ikan jerung di kepulauan Pasifik.
Kini, beliau memilih pekerjaan sebagai pengutip bola golf yang tenggelam di dalam tasik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sebagai mata pencariannya.
Pesara tentera laut
Artike lain: Wanita dakwa Kim Seri palsukan tiket flight, nama tiada dalam senarai penerbangan
Difahamkan, beliau mampu mengumpul antara 500 dengan 600 biji dan kemudiannya menjual balik kepada pemain golf yang kehilangan bola-bola golf mereka.
Sumadi yang sudah bersara sejak tahun 2014 akan melakukan tugas tersebut tiga kali seminggu pada waktu malam tanpa menggunakan peralatan pernafasan.
Pesara tentera laut
Pun begitu, Sumadi turut menghadapi cabaran ketika menjalankan tanggungjawabnya terutamanya bimbang sekiranya berlaku kekejangan semasa menyelam.
Disebabkan itu, beliau mempunyai seorang pembantu peribadi untuk memantaunya bagi menggelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Sumber: Berita Harian Singapura