Pesanan Datuk Red Pada Adira Suhaimi Buat Ramai Sebak! – “Andai Kita Tiada Jodoh & Usia Saya Singkat, Semoga Awak Bahagia”

Pesanan Datuk Red Pada Adira Suhaimi Buat Ramai Sebak! – “Andai Kita Tiada Jodoh & Usia Saya Singkat, Semoga Awak Bahagia”

Usahawan dan pempengaruh, Datuk Red meluahkan penghargaan terhadap bekas isterinya, penyanyi dan pelakon, Adira Suhaimi kerana sudi menyambut ulang tahunnya yang ke-47 tahun.

Menerusi perkongsian di TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu memuat naik sebuah video memaparkan momen sekitar sambutan hari jadinya bersama anak-anak.

Malah, Datuk Red menganggap sambutan ulang tahunnya pada kali ini lebih bermakna daripada sebelumnya.

“Alhamdulillah, hanya Allah la percaturan terbaik. Terima kasih peng, asbabnya Adira Suhaimi menghabiskan wang, tenaga dan usaha untuk menjayakan hari kelahiran saya.

“Kegembiraan saya dapat kumpulkan 10 anak-anak saya dan berjumpa dengan adik-beradik itu saya nikmat yang lama saya impilan.

“Berbeza dengan tahun lepas hanya saya seorang di dalam kereta dan tak lupa sahabat-sahabat saya di TikTok yang tak henti-henti ucapkan selamat ulang tahun.

“Saya berdoa di akhirat nanti kita berjumpa,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Red juga sempat menitipkan pesanan kepada Adira agar dia menemui kebahagiaan abadi seandainya mereka tidak ditakdirkan untuk kembali bersama.

“Akhir sekali, buat Adira, Untuk Adira, saya dah tak ada kata-kata untuk awak. Andai kita tiada jodoh dan usia saya singkat, saya doakan awak bahagia dan berjaya dengan anak-anak,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak terhadap ujian yang menimpa kedua-dua pasangan ini.

@dato..red

Allhamdullilah hanya Allah la percaturan terbaik.tq peng asbabnya @Adira Suhaimi mnhabiskan wang,tenaga dan usaha tuk mnjayakn hari kelahiran sya.untuk adira sya dh x de kata2 tuk awak.kegembiraan sya dpt kumpulkn 10 ank2 sya dan berjumpa ngan adik beradik sya nikmat yg lama sya impikan.beebeza ngan thn lepas hanya sya seorang di dlm kereta.dan tak lupa sahabat2 sya d tiktok yg tak henti2 ucapkn swlamat ulang tahun.sya beedoa d akhirat nanti kita berjumpa.dan akhir sekli buat adira.andai kita tak ada jodoh n usia saya singkat.sya doakn awak bahgia dan beejaya dgn anak2 🤝❤️🕊️

♬ original sound – bigboss – bigboss

Sebelum ini, ketika ditemui pengamal media Adira memaklumkan dia dan Datuk Red tiada perancangan untuk kembali rujuk selepas Aidilfitri seperti yang heboh sejak penghujung tahun lalu.

Scroll to Top