Pes asam pedas, rendang betawi resepi air tangan Permaisuri Agong dijual

Pes asam pedas, rendang betawi resepi air tangan Permaisuri Agong dijual
@malaysiagazette

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berangkat berkenan dan melancarkan Pes Asam Pedas dan Rendang Betawi dari Buku Resepi Air Tangan Tengku Ampuan Pahang di Pusat Vokasional Industri Bentong (Penyediaan dan Pembuatan Makanan) , hari ini. . #malaysiagazette #mgnews #rajapermaisuriagong #YDPA #pusatvokasionalindustribentong #pahang

♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo

BENTONG – Raja Permaisuri Agong yang berkenan melancarkan pes asam pedas dan rendang betawi yang dihasilkan penghuni Penjara Bentong inspirasi daripada buku resipi ‘Air Tangan Tengku Ampuan Pahang’, bersedia menurunkan lagi enam resepi biskut dan kek kepada mereka tidak lama lagi.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika bertitah menzahirkan penghargaan kepada penghuni penjara yang mencuba resipinya.

”Terima kasih kerana mencuba resipi dan menjualnya. Saya terima mereka sebagai kawan untuk mengajar. Saya dah kongsi enam resipi biskut dan semalam enam lagi, selain kek coklat ‘marble’.

”Insya Allah saya akan datang balik, berkonsgsi enam lagi resepi kek pula. Mungkin saya akan berkongsi resepi Kek Durian Musang Queen,” titahnya sambil berseloroh.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan melawat pusat tenun di Penjara Bentong hari ini

Tunku Azizah yang juga Penaung Diraja Seni dan Kraf Jabatan Penjara bertitah demikian pada majlis pelancaran Pes Asam Pedas dan Rendang Betawi dari Buku Resepi Air Tangan Tengku Ampuan Pahang di Bentong hari ini.

Turut mengiringi baginda Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Penjara Datuk Nordin Muhamad.

Pes ini boleh didapati di Galeri Jualan My Pride dan Koperasi Jabatan Penjara Malaysia pada harga RM7 bagi pek 150 gram.

Penyediaan pes Asam pedas dan Rendang Betawi  lima orang kakitangan Penjara Bentong bersama 33 penghuni yang dipilih berdasarkan kreativiti masing-masing menerusi Program Pembangunan Insan (PPI) Fasa Tiga.

Baginda berkata, selain masakan, banyak lagi boleh dipelajari oleh penghuni penjara, terutamanya menenun. – MalaysiaGazette