Bagi peminat filem aksi cereka sains komedi adiwira Malaysia, Cicakman yang pernah popular pada tahun 2016, pasti ramai mengenali watak Ginger 1 dan Ginger 2.
Mana tidaknya, watak yang dimainkan oleh Dato’ AC Mizal dan Adlim Aman Ramlie sangatlah mencuit hati penonton.
Terbaharu, perkongsian beberapa foto daripada personaliti media sosial, Azhar Heri di platform TikTok miliknya berjaya menarik perhatian ramai.
Menerusi hantaran dikongsikan, Azfar atau nama sebenarnya Azfar Herisyam dilihat tampil menggayakan seperti Ginger 1 dan 2 dengan rambutnya yang panjang beserta cermin mata.
Dalam pada itu, pemuda berusia 24 tahun ini juga sempat menulis kapsyen ringkas pada hantaran tersebut.
“Ginger 1 sedia berkhidmat,”tulisnya.
Rata-rata netizen meluahkan rasa lucu apabila melihat gambar tersebut di mana mereka mengatakan penampilan Azfar Heri sangatlah menyerupai AC Mizal. Ini sekaligus membuatkan mereka terimbau akan filem hebat tersebut.
Tidak kurang juga ada yang menyoal sama ada Azfar Heri merupakan watak tambahan Ginger yang kehilangan kembar mereka.
Sekadar info, Cicakman merupakan naskah trilogi filem berkaitan Cicakman iaitu Cicak-man, Cicakman 2 -Planet Hitam dan Cicakman 3 yang kesemuanya diarahkan oleh Yusry Abdul Halim.
Bahkan dilakonkan oleh barisan pelakon hebat seperti Saiful Apek, Fasha Sandha, Datuk Aznil Hj Nawawi, Dato AC Mizal, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.
Sumber: TikTok @azfarheri