'Perseteruan' Akmal-Teresa tak akan jejas sokongan pengundi

'Perseteruan' Akmal-Teresa tak akan jejas sokongan pengundi

am@hmetro.com.my

Kluang: ‘Perseteruan’ antara Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dengan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok mengenai isu pensijilan halal disifatkan sebagai isu peribadi mereka.

Justeru, Umno yakin ia tiada kena mengena kerjasama dengan DAP sekali gus tidak akan menjejaskan sokongan pengundi kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Mahkota akan datang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dakwaan Umno melarang Dr Muhamad Akmal berkempen dalam PRK Dun Mahkota kerana isu berkenaan adalah tidak benar.

“Ini adalah isu peribadi dan tiada kaitan antara Umno dan DAP. Ini ‘clash’ antara dua peribadi,” katanya ketika ditemui pada Pesta Tanglung di Tokong Che Luan Khor, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi.

Terdahulu, pemimpin Pakatan Harapan (PH) Johor menyuarakan kebimbangan serangan Dr Muhamad Akmal terhadap Teresa berhubung isu pensijilan halal berisiko mengecewakan orang bukan Melayu yang menyokong PH sekali gus tidak akan keluar mengundi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top