Pernah Viral Ubah Suai Basikal Demi Keselesaan Anak, Pak Cik Basri Meninggal Dunia | Oh! Media

Pernah Viral Ubah Suai Basikal Demi Keselesaan Anak, Pak Cik Basri Meninggal Dunia | Oh! Media

Sebelum ini, tular di media sosial kisah seorang bapa yang sanggup mengayuh basikal untuk menghantar dan mengambil anaknya di sekolah.

BACA: Warga Emas Dapat Bantuan Motosikal Baru, Pernah ‘Viral’ Ubah Suai Basikal Demi Keselesaan Anak

Lebih menarik lagi, basikal itu sudah diubah suai oleh warga emas tersebut yang dikenali sebagai pakcik Basri dengan menyediakan bumbung, tempat bersandar dan dua tong sampah untuk keselesaan anaknya.

Pernah viral kerana ubahsuai basikal demi anak

Terbaru, menerusi perkongsian maklumat di Facebook Lahad Datu Info, pak cik Basri dilaporkan telah meninggal dunia pada 21 Februari lalu.

Jenazah arwah telah selamat disembahyangkan di Masjid Kg Bakau sebelum dikebumikan di Batu 9, Lahad Datu.

Netizen meluahkan rasa simpati dengan kehilangan ini dan mendoakan semoga keluarga serta anak-anaknya tabah.

Al-fatihah untuk pak cik Basri

pak cik basikal

Pempengaruh media sosial Adrian Edy yang pernah menghadiahkan pak cik Basri motosikal turut meninggalkan ucapan takziah di perkongsian tersebut.

Salam takziah buat keluarga pakcik Basri, semoga keluarga pakcik Basri terus kuat dan tabah, pakcik Basri baik sangat. Semoga roh arwah pakcik Basri ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman

Terdahulu, Adrian Edy memaklumkan pakcik Basri menghasilkan pendapatan melalui penjualan aiskrim di kampungnya.

Setiap hari beliau telah menghantar dan mengambil anaknya ke sekolah menggunakan basikal yang diubah suai menggunakan barangan terpakai. Salam takziah.


Scroll to Top