Masih ingat lagi tak kisah viral tentang seorang makcik yang sanggup bersiaran langsung hingga lewat malam menjual pakaian ‘bundle’ demi mencari rezeki suatu ketika dahulu?
Seperti ramai individu lain yang terkesan dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, makcik dikenali sebagai Mak Idah itu terpaksa mengambil inisiatif bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam norma baharu dengan cara berniaga secara ‘live’ di laman sosial.
Sebelum ini, kisah wanita itu pernah tular di laman sosial apabila video ‘live’ dirinya menangis saat jumlah ‘viewers’ yang menonton rakamannya meningkat, pada pukul 3 pagi.
Astagha, tak sangka rupanya sambil menjual dia sambil menangis, views dia tak sampai 100 orang. Maju selalu mak cik.
Korang kalau ada info pasal mak cik ni bagitahu lah okay, aku ada banyak barang deco boleh pass ke dia. pic.twitter.com/nWrSOhFiIl
— MAG • Faheem (@magmalaya) March 10, 2021
Setelah kisahnya mencuri perhatian ramai di laman sosial, nampaknya ia turut menarik perhatian usahawan terkenal Hafiz Mahamad.
Menerusi laman sosial Instagram miliknya, lelaki berusia 27 tahun itu mengaku berasa cukup terharu dengan kisah wanita yang mesra disapa Mak itu.
Menurut Hafiz, dia terjumpa siaran langsung Mak Idah secara kebetulan. Pada waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi, namun wanita itu tetap gigih berniaga.
Simpati melihat Mak Idah, Hafiz tanpa berfikir panjang terus membeli baju yang dijual sebanyak RM1,000 dengan niat ingin membantu wanita itu.
Sebaik sahaja membaca komen ditinggalkan oleh Hafiz, Mak Idah mengaku berasa ‘terketaq’ dikurniakan rezeki sebanyak itu dengan sekelip mata.
Dalam pada itu, Hafiz memberitahu baju-baju yang dibeli berkenaan akan disedekahkan kepada anak-anak tahfiz.
Menjengah ke ruangan komen, ternyata perkongsian tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen dan ramai memuji sikapnya yang suka bersedekah.
Hafiz Mahamad melangsungkan perkahwinan bersama usahawan Syafiqah Aina pada 24 November 2017 lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Raisya Arisa.
Sumber: Instagram Hafiz Mahamad