Pernah tular kisah hilang 6 insan kesayangan, Abdur Rahman kini lanjut pengajian

Pernah tular kisah hilang 6 insan kesayangan, Abdur Rahman kini lanjut pengajian

Tahun lalu, nasib seorang remaja lelaki pernah tular apabila dilaporkan kehilangan enam insan kesayangan dalam sebuah kemalangan yang berlaku Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.

Meskipun sudah setahun berlalu, namun masyarakat masih mengikuti perjalanan hidup remaja lelaki, Abdur Rahman Amir Ruddin, 20 dan adik lelakinya yang Abdullah Amir Ruddin,16.

Abdur Rahman kini lanjut pengajian

Terbaharu, apa yang menarik perhatian ramai adalah Abdur Rahman dilaporkan melanjutkan pengajian di Universiti Islam Selangor.

Menerusi perkongsian di TikTok tinienie4, memaparkan remaja itu dibawa melaporkan diri ke sebuah institusi pengajian terletak di Bandar Seri Putra, Kajang.

“Bismillahirahmanirahim.. Semoga apa yang dicitakn tercapai nanti. Semua pun mendoakan yang terbaik buat kamu. Jaga diri baik-baik, Aman (Abdur Rahman),”tulisnya.

Difahamkan, Abdur Rahman mengambil jurusan pengajian bahasa Al-Quran.

Alhamdulillah, tahniah!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa syukur dan tidak henti menitipkan ucapan tahniah buat remaja itu kerana berjaya melanjutkan pengajian.

Mereka juga mendoakan agar Abdur Rahman yang mesra disapa Aman berjaya di dunia dan akhirat selain mencapai cita-cita yang diimpikan selama ini.

Artikel lain: Hilang enam insan tersayang, syarikat ‘sponsor’ Abdul Rahman tunai umrah

Pada 1 September tahun lalu, Abdul Rahman kehilangan ibu bapa, Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhammad, 43, selain empat adik-beradik iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.

Foto: FB Mohd Amer

Seorang lagi adiknya, Abdullah Amir Ruddin (kini 16 tahun) terselamat selepas dilaporkan mengalami cedera parah pada tahun lalu.

Sumber: TikTok tinienie4

Scroll to Top