Isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi mendedahkan pernah diceraikan suaminya selepas dua bulan bernikah namun rujuk semula ketika dalam idah.
Memetik Kosmo, Afreena berkata perkara itu tidak dibawa ke pihak berwajib untuk pengesahan kerana tiada sebarang tindakan daripada suaminya.
BACA: Along Cham Tersilap Isi Borang, Hakim Arah Lantik Peguam
“Hari ini yang diketengahkan hanyalah lafaz cerai taklik tapi sebenarnya sebelum itu sudah berlaku satu lafaz cerai iaitu pada Jun 2024 dan dilakukan di luar mahkamah.
“Waktu itu kami baru berkahwin dua bulan dan pada ketika itu, saya sudah berbincang dengan plaintif untuk melakukan pengesahan cerai tetapi tiada sebarang tindakan dilakukan,” katanya.
Dalam pada itu, Along mengakui berlakunya lafaz cerai kira-kira dua bulan selepas bernikah namun hanya rujuk batin selain dia mahu memberi peluang kepada isterinya.
“Memang ada lafaz yang berlaku sebab ada beberapa perkara yang terjadi dan kami memang baru sangat kahwin pada ketika itu.
“Kemudian kami lakukan rujuk batin. Selepas itu dia pujuk saya dan berjanji berubah, saya bagi peluang sebab saya bukan berkahwin untuk bercerai. Tetapi kesalahan itu berlaku, berlaku, dan berlaku lagi sehinggalah saya buat lafaz taklik,” katanya.
SUMBER: Kosmo