Perkhidmatan Rahsia AS tembak lelaki bersenjata di luar Rumah Putih

Perkhidmatan Rahsia AS tembak lelaki bersenjata di luar Rumah Putih

WASHINGTON: Seorang lelaki ditembak oleh pegawai Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (USSS) di luar Rumah Putih selepas didakwa mengacukan senjata api, pagi semalam.

Menurut kenyataan USSS yang dipetik oleh CNN, kejadian bermula apabila agensi tersebut menerima maklumat daripada polis tempatan mengenai individu yang dikhuatiri ingin membunuh diri yang dalam perjalanan ke Washington dari Midwestern, Indiana.

Pegawai telah mengenal pasti lelaki tersebut berhampiran Rumah Putih dan menemui kenderaannya yang diparkir.

Apabila pegawai menghampiri, lelaki itu dilaporkan mengeluarkan senjata api sebelum konfrontasi bersenjata tercetus.

Kakitangan agensi itu melepaskan tembakan ke arah suspek dan kini dia menerima rawatan di sebuah hospital.

Ketika kejadian, Presiden Donald Trump tiada di Rumah Putih sebaliknya berada di resort Mar-a-Lago miliknya di Florida.

Scroll to Top