Perkembangan terkini dunia Islam (7 Mac 2025)

Perkembangan terkini dunia Islam (7 Mac 2025)


– Advertisement –

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump memberi ancaman ‘kematian’ kepada HAMAS yang beliau akan memberikan ‘lampu hijau’ kepada rejim penjajah Zionis Israel untuk serangan baharu ke atas Semenanjung Gaza melainkan HAMAS membebaskan baki kesemua tahanan pendatang haram Yahudi. Donald Trump juga menasihati pemimpin HAMAS yang masih berada di Semenanjung Gaza untuk meninggalkan kawasan tersebut sementera meraka masih mempunyai peluang. [1]

Abu Ubaidah: Kami bersedia untuk sebarang kemungkinan. Cara paling singkat ialah dengan memaksa musuh mematuhi apa yang ditandatanganinya. Apa yang musuh tidak boleh ambil dengan peperangan, dia tidak akan ambil dengan ancaman dan muslihat. Ancaman musuh adalah tanda kelemahan dan perasaan terhina.  Kumpulan pejuang Palestin mempunyai apa yang akan menyakiti musuh dalam sebarang konfrontasi di masa hadapan. Sebarang peningkatan pencerobohan terhadap rakyat Palestin akan membawa kepada pembunuhan beberapa tawanan musuh. Ancaman musuh untuk kembali berperang hanya akan mendorong kumpulan pejuang Palestin kembali untuk mematahkan apa yang masih ada pada prestijnya. [2]

HAMAS: Ancaman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberikan ransangan kepada rejim penjajah Zionis Israel untuk terus mencabuli perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza. [3]

Duta Khas Amerika Syarikat bagi Hal Ehwal Tebusan Adam Boehler memberitahu media negara haram Israel bahawa wakil pentadbiran Donald Trump telah mengadakan rundingan secara langsung dengan HAMAS untuk membebaskan tahanan. [4]

– Advertisement –

Negara haram Israel telah melengkapkan persediaan untuk memulakan pemindahan warga Semenanjung Gaza jika terdapat negara yang bersedia untuk menerima mereka. [5]

Dengan perjanjian gencatan senjata terus dicabuli, tentera penjajah rejim Zionis Israel membunuh seorang warga Palestin apabila mengebom sekumpulan warga Palestin yang sedang menuju untuk memeriksa rumah mereka di Timur kejiranan Shujaiyya, bandar Gaza. [6]

Seorang kanak-kanak perempuan warga Palestin berusia 9 tahun terkorban manakala beberapa orang lagi dilaporkan cedera ditembak tentera rejim penjajah Zionis Israel di Tebing Barat ketika tentera penjajah rejim Zionis Israel terus melancarkan serbuan besar-besaran ke atas Tebing Barat. [7]

Perancis menekankan keperluan untuk mengecualikan HAMAS ‘sepenuhnya’ dari menguruskan Semenanjung Gaza selepas perang, dan Perancis akan memainkan peranan sepenuhnya jika rancangan pembangunan semula Semenanjung Gaza diterima pakai. [8]

Mohammad Ali al-Houthi, Ahli Majlis Politik Tertinggi Yaman menekankan bahawa menyampaikan bantuan kepada Semenanjung Gaza adalah lebih penting daripada sekatan dan klasifikasi Amerika Syarikat yang dilabelkan beliau sebagai ‘tidak sah’. [9]

Iran menafikan dakwaan Britain bahawa Iran menimbulkan ancaman keselamatan negara kepada Britain. [10]

Tentera Lubnan: Serangan berterusan tentera penjajah Zionis Israel mengancam kestabilan Lubnan dan menjejaskan keselamatan serantau, dengan ramai orang yang cedera akibat kebakaran yang dilakukan rejim penjajah Zionis Israel di Selatan Lubnan. [11]

“Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin”

DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 7/3/2025

Rujukan:

[1] https://english.almayadeen.net/news/politics/trump-threatens-gazans-will–death–if-captives-not-released 

[2] https://www.aljazeera.net/news/2025/3/6/%D8%B9%D8%A7%D8%AC%D9%84-%D9%83%D8%AA%D8%A7%D8%A6%D8%A8-%D8%A7%D9%84%D9%82%D8%B3%D8%A7%D9%85-%D9%83%D9%84%D9%85%D8%A9-%D9%85%D8%B5%D9%88%D8%B1%D8%A9-%D9%84%D9%84%D9%86%D8%A7%D8%B7%D9%82-2 

[3] https://english.almayadeen.net/news/politics/trump-s-threats-encourage-israeli-breach-of-gaza-ceasefire 

[4] https://english.almayadeen.net/news/politics/us–hamas-officials-held-talks-in-qatar-multiple-times–isra 

[5] https://www.raialyoum.com/%d8%a5%d8%b3%d8%b1%d8%a7%d8%a6%d9%8a%d9%84-%d8%aa%d9%8f%d9%83%d9%85%d9%84-%d8%a7%d8%b3%d8%aa%d8%b9%d8%af%d8%a7%d8%af%d8%a7%d8%aa%d9%87%d8%a7-%d9%84%d8%a8%d8%af%d8%a1-%d8%b9%d9%85%d9%84%d9%8a%d8%a9/ 

[6] https://www.raialyoum.com/%d9%81%d9%8a-%d8%a7%d9%86%d8%aa%d9%87%d8%a7%d9%83-%d9%84%d9%88%d9%82%d9%81-%d8%a7%d9%84%d9%86%d8%a7%d8%b1-%d8%a5%d8%b3%d8%b1%d8%a7%d8%a6%d9%8a%d9%84-%d8%aa%d8%ba%d8%aa%d8%a7%d9%84-%d9%81%d9%84%d8%b3/ 

[7] https://www.presstv.ir/Detail/2025/03/06/743993/Palestine-Israel-child-West-Bank-Qusra-tear-gas-Tulkarm 

[8] https://www.raialyoum.com/%d8%a8%d8%a7%d8%b1%d9%8a%d8%b3-%d8%aa%d8%a4%d9%83%d8%af-%d8%b6%d8%b1%d9%88%d8%b1%d8%a9-%d8%a7%d8%b3%d8%aa%d8%a8%d8%b9%d8%a7%d8%af-%d8%ad%d9%85%d8%a7%d8%b3-%d8%a8%d8%a7%d9%84%d9%83%d8%a7%d9%85%d9%84/ 

[9] https://english.almayadeen.net/news/politics/aiding-gaza-more-important-than–illegitimate–us-sanctions 

[10] https://www.presstv.ir/Detail/2025/03/06/744018/%E2%80%98UK-govt–doubling-down-on-irrational-anti-Iran-hostile-mentality-to-deflect-own-culpability%E2%80%99 

[11] https://www.raialyoum.com/%d8%a7%d9%84%d8%ac%d9%8a%d8%b4-%d8%a7%d9%84%d9%84%d8%a8%d9%86%d8%a7%d9%86%d9%8a-%d8%a5%d9%85%d8%b9%d8%a7%d9%86-%d8%a5%d8%b3%d8%b1%d8%a7%d8%a6%d9%8a%d9%84-%d9%81%d9%8a-%d8%a7%d8%b9%d8%aa%d8%af%d8%a7/

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!



Scroll to Top