Perkataan ‘closing’ viral lepas gadis ulas isu Zulfarhan salah cakap ketika IG live

Perkataan ‘closing’ viral lepas gadis ulas isu Zulfarhan salah cakap ketika IG live

Sejak pagi tadi, gadis yang mengulas isu kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Allahyarham Zulfarhan Osman telah menjadi bualan ramai apabila video IG live yang menjelaskan tentang ciapan ‘beraninya’ dimuat naik semula oleh pengguna Twitter.

Dalam penjelasan tersebut, dia memaklumkan tahu perkara sebenar dan akui rapat dengan keluarga salah seorang tertuduh. Walau bagaimanapun dia tidak mahu memanjangkan cerita memandangkan hukuman sudah pun dijatuhkan.

Akan tetapi, disebabkan ‘kegairahan’ bercakap semasa IG live memohon maaf kerana ciapannya mempersoalkan perangai Allahyarham Zulfarhan, dia dan seorang lagi wanita di dalam video tersebut ada tersilap menggunakan perkataan yang tepat dalam bahasa Inggeris merujuk kepada keakraban mereka dengan ahli keluarga salah seorang yang terlibat dalam kes ini.

Dia menggunakan perkataan ‘closing’ untuk memaklumkan hubungan rapat dengan ahli keluarga sehingga menjadi bahan gurauan netizen di media sosial.

Perkataan berkenaan juga terus trending di laman Twitter apabila ramai yang menggunakan kembali perkataan tersebut bagi mengecam penjelasan gadis itu.

 

Sejak semalam, gadis yang dikenali sebagai Najiha itu menjadi perbualan ramai apabila kenyataan beraninya di laman Twitter menarik perhatian netizen untuk mengetahui hal sebenar yang dimaksudkan.

Walau bagaimanapun, dia tidak mahu memberitahu perkara yang diketahui tersebut kerana enggan memanjangkan lagi cerita yang mengakibatkan insiden kematian Allahyarham Zulfarhan Osman.

Sumber: Twitter @h4itihabibi, closing

Scroll to Top