“Perjuangan & penantian selama 11 tahun berhasil. Kanser saya hilang!” -Elyana

“Perjuangan & penantian selama 11 tahun berhasil. Kanser saya hilang!” -Elyana

Berita baik dikongsikan penyanyi wanita, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal pagi tadi berkaitan tahap kesihatannya sangat menggembirakan para peminatnya.

Elyana menerusi muat naik di Instagram memaklumkan yang penantiannya selama 11 tahun akhirnya terjawab selepas sel kanser di badannya sudah tiada.

 

Menurutnya, perjuangannya selama ini sebagai penghidap kanser limfoma telah berakhir kerana kanser telah hilang. Dia akui sangat gembira dan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan kesihatan yang baik kepadanya selepas bertahub-tahun berjuang.

Setakat ini, penyanyi lagu Kalis Rindu terbabit sedang menjalani rawatan kimoterapinya yang kelima dan dilihat tersenyum lebar menerusi posting terbarunya di Instagram.

Untuk makluman, Elyana telah mendedahkan dirinya menghidap kanser limfoma tahap empat pada tahun 2017 di pentas Gegar Vaganza.

Dia yang telah menjadi pejuang kanser sejak 11 tahun yang lalu jarang menunjukan penderitaanya di media sosial dan sering berkongsi perkara-perkara positif agar dapat mengembirakan dirinya dari terus memikirkan tentang kesihatan.

Sumber: Instagram elyanaofficial1

Scroll to Top