Perjalanan berliku Gabby sebelum raih emas 200m

Perjalanan berliku Gabby sebelum raih emas 200m

Paris: Juara 200 meter (m) di Sukan Olimpik Paris 2024, Gabby Thomas, mengakui bahawa dia terdetik untuk berhenti dari sukan olahraga satu ketika dulu.

Pelari dari Amerika Syarikat (AS) berusia 27 tahun itu yang meraih gangsa di Tokyo 2020 dan perak di kejohanan dunia tahun lalu, meraih gelaran Olimpik pertamanya selepas mengalahkan juara 100m, Julien Alfred dan rakan senegaranya, Brittany Brown untuk meraih emas.

“Ketika berlari di kolej, terdapat banyak kali di mana saya fikir saya nak berhenti.

“Apabila saya menjadi profesional, kesukaran untuk menyertai kumpulan latihan profesional semakin sukar terdapat banyak ego, saya tidak fikir saya akan sesuai dengan hal seperti itu.

“Saya memberitahu ejen saya ‘Saya keluar dan saya sudah selesai’. Saya menulis e-mel, saya kata ‘Saya sudah selesai berlari secara profesional, saya akan mengejar perkara lain dalam hidup saya’.”

Gabby berkata dia pada mulanya dia tidak belari dengan sepenuh hati dan semuanya atas dorongan ibunya Jennifer Randall, yang melihat betapa lajunya dia berlari di padang bola sepak.

Gabyy berlari untuk Harvard sebelum menamatkan ijazah dalam neurobiologi dan memperoleh sarjana dalam kesihatan awam dari Universiti Texas.

Dia memelihara seekor anjing bernama Rico, mengatakan bahawa anjing itu membantunya melalui masa-masa sukar ketika lariannya tidak berjalan dengan baik.

“Dalam setiap perlumbaan yang saya sertai, terdapat banyak mata yang memerhatikan saya,” katanya.

“Terdapat banyak jangkaan. Dan itu pasti memberi tekanan yang lebih besar. Saya perlu menyesuaikan diri.

“Itulah yang dilakukan oleh semua atlet terbaik. Itulah yang dilakukan oleh semua yang hebat. Anda terpaksa menyesuaikan diri apabila menghadapi cabaran baru.”

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top