Perhilitan sahkan rakaman harimau muncul di Pulai Chondong video lama

Perhilitan sahkan rakaman harimau muncul di Pulai Chondong video lama

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memaklumkan kemunculan harimau yang ditularkan di media sosial sejak semalam bukannya berlaku di kawasan pembinaan projek lebuh raya di Pulai Chondong, Machang.

Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani sebaliknya berkata, siasatan dijalankan selepas menerima perkongsian itu mendapati ia adalah video lama yang kembali ditularkan.

“Ia video lama yang berlaku di Gua Musang. Saya mengingatkan orang ramai supaya tidak menularkan maklumat tidak sahih kerana situasi boleh menimbulkan panik dalam kalangan penduduk di kawasan terbabit,” katanya.

Terdahulu tular video berdurasi 21 saat memaparkan harimau dilihat berkeliaran dan memanjat kawasan yang berbukit dan rata-rata mengatakan lokasi berkenaan di Pulau Chondong, Machang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top