IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang menyiasat dakwaan seekor harimau belang dikesan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Pengarahnya, Yusof Shariff berkata, ini berikutan satu rakaman video yang tular dalam media sosial harimau berkenaan dikatakan dikesan di kawasan hentian rawat dan rehat ([email protected]) atau Banjaran Cafe di jalan berkenaan.
Menurutnya, beliau telah menerima rakaman video tersebut pada pukul 10 malam tadi.
“Perhilitan Perak sedang menyiasat rakaman video tular harimau di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
“Kita tengah siasat, unit harimau Perak ke tempat yang dikatakan,” katanya dalam kepada media di sini hari ini.
Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat yang merakamkan seekor harimau belang di satu kawasan semak yang berbukit.
Berdasarkan keterangan pada video itu, haiwan itu dikesan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands selepas kawasan [email protected] atau Banjaran Cafe. – UTUSAN