Pereka Dalaman Berusia 36 Tahun Ditemui Mati Dengan 20 Kesan Tikaman | Oh! Media

Pereka Dalaman Berusia 36 Tahun Ditemui Mati Dengan 20 Kesan Tikaman | Oh! Media

Dilaporkan seorang pereka dalaman ditemui mati dengan 20 kesan tikaman di anggota badan.

Lokasi kejadian bertempat di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya dan perkara Itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar.

Pengadu memaklumkan tidak melihat jirannya itu keluar dari rumah selepas pergaduhan dan bertindak menghubungi pihak polis.

Sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ke lokasi dan hasil pemeriksaan, menemui mangsa sudah meninggal dunia akibat ditikam dipercayai oleh individu yang belum dapat dikenal pasti.

Polis juga telah mengenalpasti identiti mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 36 tahun.

Oleh yang demikian, Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Scroll to Top