Perdana Menteri serah sumbangan banjir

Perdana Menteri serah sumbangan banjir

TANGKAK: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan kepada 50 ketua isi rumah yang terkesan akibat banjir, di sini hari ini.

Sumbangan itu disampaikan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Perdana Menteri, M. Shanmugam di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Penghulu Long, dekat sini.

Shanmugam memaklumkan sumbangan itu bertujuan meringankan beban ditanggung mangsa banjir yang terkesan akibat bencana itu.

“Kita bantu mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama atau bangsa selaras dengan konsep Malaysia Madani.

“Kita akan teruskan usaha begini di semua tempat terkesan banjir dengan kerjasama daripada agensi kerajaan Persekutuan dan negeri,” katanya sambil memberitahu bantuan berkenaan berupa kit makanan dan selimut.

Yang turut hadir, Pentadbir Tanah Daerah Tangkak, Ab. Rahman Mohamed@Ismail dan Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal.

Sumbangan itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan SKM.

Scroll to Top