Sebanyak 16 keluarga yang terjejas akibat kebakaran di Tanjung Dawai, Kedah telah menerima sumbangan khas berjumlah RM80,000 daripada Perdana Menteri.
Menurut laporanĀ Harian Metro, sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munin kepada ketua isi rumah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Choong Cheng, Tanjung Dawai, hari ini.
Setiap keluarga menerima RM5,000, terdiri daripada 14 keluarga yang rumah mereka musnah sepenuhnya dan dua keluarga lain yang turut terjejas.
Menanti penjelasan punca kebakaran Tanjung Dawai
Menurut Muhammad Kamil, laporan rasmi daripada pihak bomba masih ditunggu untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.Ā
Buat masa ini, mangsa kebakaran akan terus berada di PPS sehingga penempatan baharu dapat dicari.
Kami sedang berbincang untuk melanjutkan tempoh penempatan di PPS, sementara jawatankuasa penduduk berusaha mencari kediaman baharu yang lebih selesa.
Langkah tambahan untuk mangsa
Muhammad Kamil turut mencadangkan supaya mangsa bersedia berpindah ke kawasan lain sekiranya kediaman yang sesuai sukar didapati di kawasan berhampiran.
Jika terpaksa, mereka mungkin perlu berpindah sedikit jauh kerana kita tiada pilihan.
#OhmediaNasihat
Bencana seperti kebakaran ini mengingatkan kita tentang pentingnya bersedia menghadapi situasi kecemasan. Pastikan kediaman dilengkapi dengan alat pemadam api dan sentiasa waspada terhadap risiko kebakaran. Sama-sama kita hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, terutama dalam saat-saat getir seperti ini.