Farid Kamil nekad mempertahankan perkahwinannya dengan Diana Danielle walaupun menghadapi cabaran besar.
Menurut laporan Oh Bulan, Farid juga mengakui masih menyayangi isterinya dan mahu memperjuangkan hubungan mereka yang telah dibina selama 12 tahun.
Alhamdulillah, kasih sayang bukan boleh dijual beli. Cinta tak susah untuk dapat, tapi susah kalau dijual dan beli.
Menurutnya lagi, dia masih merasakan kasih sayang Diana terhadapnya dan akan terus berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka.
Masih yakin dengan kasih sayang Diana Danielle
Farid menyatakan bahawa perasaan kasih dan sayang itu masih kuat dalam dirinya dan yakin perkahwinan mereka dirahmati.
Perasaan sayang Diana itu hanya saya yang rasa, dan saya yakin kasih sayang itu masih berlangsung. Saya akan perjuangkan semua itu.
Ketika ditanya adakah dia satu-satunya insan yang mampu menjaga dan menyayangi Diana, Farid menjawab dengan yakin bahawa dia akan terus berjuang untuk rumah tangganya.
Farid Kamil tolak dakwaan bertindak zalim
Dalam pada itu, Farid menafikan dakwaan Diana yang mengatakan dia bertindak zalim dengan enggan melafazkan cerai. Farid menegaskan bahawa proses perundangan syariah di Malaysia cukup adil dan tidak menindas mana-mana pihak.
Perkataan zalim itu besar, hanya boleh diterjemahkan di mahkamah. Malaysia ada sistem mahkamah syariah yang adil, dan semua proses ini mengikut saluran yang betul.
#OhmediaNasihat
Setiap perkahwinan pasti akan diuji, dan komunikasi adalah kunci untuk menyelesaikan konflik. Sebelum membuat keputusan besar, cuba berbincang dengan hati terbuka dan libatkan pihak yang lebih arif seperti kaunselor atau pihak keluarga. Jangan lupa, cinta dan kepercayaan saling melengkapi dalam sesebuah perhubungan.