Perak FC sambung kontrak Yusri

Perak FC sambung kontrak Yusri

Yusri Che Lah – Foto Agensi

PERAK FC menyambung kontrak ketua jurulatih, Yusri Che Lah untuk dua musim lagi, selepas berpuas hati dengan prestasi membimbing pasukan dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Pengendali kelahiran Perlis yang mengambil alih jawatan sebagai ketua jurulatih daripada Datuk Lim Teong Kim pada Mei lepas, mengemudi skuad Perak FC mara sehingga peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2023.

Ketika dihubungi Bernama, Yusri, 47, berkata, beliau teruja untuk meneruskan tugas bersama The Bos Gaurus.

“Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh pengurusan Perak FC untuk terus berada dalam skuad Perak bagi menghadapi baki saingan musim ini dan musim seterusnya.

Scroll to Top