Seorang penyanyi yang juga bekas peserta rancangan realiti muzik popular dikatakan ditangkap khalwat bersama suami orang selepas didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga seorang wanita.
Penyanyi berkhalwat dengan suami orang
![penyanyi wanita](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2023/06/bfdfdc69-29b6-4c47-975b-b6ec9a219334.jpeg)
Menurut laporan Beautifulnara, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu rumah sewa pasangan tersebut sekitar jam 2 petang semalam sebelum menahan mereka atas dakwaan berkhalwat.
Masih berstatus suami orang?
![khalwat](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2024/02/janda-khalwat-1000x563.jpg)
Apa yang lebih mengejutkan, suami kepada wanita terbabit masih belum bercerai secara sah, sekaligus menimbulkan persoalan mengenai hubungan sebenar antara penyanyi itu dengan lelaki berkenaan.
Sebelum ini, individu yang mendedahkan perkara ini mendakwa penyanyi terbabit sering mengganggu rumah tangga rakannya sebelum akhirnya terkantoi dalam serbuan JAIS.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada penyanyi atau pihak berkuasa mengenai insiden ini.
#ApaKataOhmedia
Dalam apa jua keadaan, hormati ikatan perkahwinan orang lain. Jika sesuatu hubungan sudah bermasalah, selesaikan dengan cara yang betul sebelum memulakan hubungan baru. Jangan sampai menyesal kemudian hari!
![Penyanyi Wanita Berkhalwat Dengan Suami Orang Penyanyi Wanita Berkhalwat Dengan Suami Orang](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-img_9103-1000x600.jpeg)