Penutupan Pusat Khidmat Hasil LHDN Dungun dilanjut sehingga 22 Mac

Penutupan Pusat Khidmat Hasil LHDN Dungun dilanjut sehingga 22 Mac

KUALA LUMPUR – Penutupan sementara Pusat Khidmat Hasil (PKH) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Dungun dan kaunter Duti setem cawangan Kuala Terengganu dilanjutkan sehingga 22 Mac ini.

Menurut LHDN, dalam tempoh penutupan sementara ini, pelanggannya disarankan untuk melakukan ususan berkaitan percukaian secara dalam talian.

“Sekiranya pelanggan mempunyai urusan segera yang memerlukan perkhidmatan secara bersemuka, mereka boleh berkunjung ke premis LHDN yang berhampiran.

“Pusat Khidmat Hasil (PKH) Hulu Terengganu, PKH Besut dan juga PKH di Kemaman akan dibuka untuk khidmat bersemuka,” kata LHDN dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu, bagi memastikan risiko penularan Covid-19 dapat dikurangkan, pihaknya menasihatkan semua pelanggan agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 03-89111100 (luar negara).

Pelanggan juga boleh berurusan menerusi talian HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas
http://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – MalaysiaGazette