Penuntut IPTA rugi RM64,200 angkara 'phone scam'

Penuntut IPTA rugi RM64,200 angkara 'phone scam'

TIMUR: Penuntut universiti awam rugi RM64,200 jadi mangsa phone scam

zatuliffah@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Seorang penuntut wanita di sebuah universiti awam di Kuala Nerus kerugian sebanyak RM64,200 selepas menjadi mangsa penipuan ‘phone scam’.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian bermula apabila mangsa berusia 22 tahun itu menerima panggilan telefon pada 10 Januari lalu mendakwa daripada sebuah platform e-dagang memaklumkan produk kesihatan miliknya menyebabkan pelanggan sakit

Beliau berkata, panggilan itu kemudian disambungkan kepada polis sebelum mangsa dikatakan terbabit dalam kes penggubahan wang haram.

“Mangsa ditawarkan untuk membersihkan nama dan waran tangkap namun perlu membuat bayaran.

“Sepanjang urusan dibuat, mangsa membuat lapan kali transaksi ke dalam tujuh akaun berbeza berjumlah RM64,200.

“Pengadu kemudian dijanjikan sebutan kes dalam tempoh sebulan iaitu pada 26 Mac lalu bagi menyelesaikan kes itu dan dia diminta membuat laporan empat jam sekali kepada pihak terbabit sehingga pengadu mula mengesyaki dirinya ditipu.

“Mangsa membuat laporan polis semalam untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top