Penipuan pakej pelancongan, bekas suami pempengaruh ditahan polis

Penipuan pakej pelancongan, bekas suami pempengaruh ditahan polis

jashadiqe@nst.com.my

Johor Bahru: Polis menahan bekas suami pempengaruh dan usahawan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan membabitkan pakej pelancongan ke Korea Selatan.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar mengesahkan penahanan itu hari ini tetapi tidak mengulas lanjut.

Polis dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung penahanan itu tidak lama lagi.

Pempengaruh yang menetap di Seoul dan terkenal dengan kandungan pelancongan dan gaya hidup di platform media sosial seperti Instagram dan TikTok.

Dia juga mengendalikan sebuah restoran dan agensi pelancongan yang berpusat di Korea Selatan.

Berita mengenai penahanan itu mula timbul tiga hari lalu, selepas seorang wanita yang mendakwa sebagai bekas kakak iparnya berkongsi perbualan WhatsApp di akaun TikToknya, yang dipercayai dengan pempengaruh terbabit.

Kontroversi itu tercetus selepas beberapa pelanggan mendakwa mereka ditipu untuk membeli pakej pelancongan lima hari ke Seoul yang berharga RM4,000 setiap satu.

Mangsa mendakwa bahawa selepas pembayaran, mereka tidak menerima perkhidmatan yang dijanjikan mahupun bayaran balik.

Difahamkan 24 laporan sudah dibuat terhadap pempengaruh berkenaan, dengan jumlah kerugian menghampiri RM500,000.

Pempengaruh itu baru-baru ini menafikan khabar angin melarikan diri ke Jepun, menegaskan dia masih berada di Korea Selatan dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Dia juga mewujudkan kumpulan WhatsApp untuk memudahkan bayaran balik dan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka di Instagram pada Disember lalu.

Pempengaruh terbabit mengakui salah urus kewangan, menyalahkan kejatuhan perniagaan restorannya dan ulasan pelanggan yang negatif atas masalah kewangan yang semakin meningkat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top