Baru-baru ini, tular di platform X apabila seorang wanita berkongsi mengenai makanan yang dijual oleh pengusaha di kantin sekolah anaknya, yang dianggap terlalu sedikit dan tidak setimpal dengan harga.
Makanan warung lagi meriah dari kantin sekolah
Wanita itu berkata bahawa anaknya membawa bekal ke sekolah setiap hari, namun dia meluahkan kebimbangan terhadap murid-murid yang lain.
Gambar yang dimuat naik juga jelas menunjukkan harga RM3 untuk mee goreng dan kuey teow goreng, namun dengan saiz hidangan yang sangat sedikit.
Menu kat kantin sekolah anak I RM3 macam ni. Memula tak rasa apa sebab anak I memang bawa bekal hari hari. Tapi tefikir pulak anak orang lain, kesian pulak.
Imo tak setimpal la portion dengan harga. Ke uols rasa ok? Warung biasa I breakfast RM3 pun meriah jugak.-Katanya
Ramai anggap pengusaha kantin zalim terhadap kanak-kanak
Rata-rata netizen turut menyatakan ketidakpuasan hati terhadap saiz hidangan dan harga yang dijual. Ada juga yang mohon supaya pihak bertanggungjawab ambil tindakan sewajarnya.
#OhmediaNasihat
Sebagai pengusaha, adalah penting untuk mengutamakan nilai kejujuran dan keadilan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak-anak yang bergantung kepada makanan di kantin sekolah.