Glory Beach Resort adalah sebuah pusat peranginan yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Resort ini menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti santai yang sangat menarik untuk pelancong.
Namun, di sebalik nama resort yang gah ini, terdapat beberapa kisah misteri yang dikatakan tempat ini dihuni oleh semangat dan entiti tertentu yang sering mengganggu pengunjung. Betul ke?
Pengurusan resort nafi dan akui ada?

Melalui sidang media bersama pihak pengurusan Glory Beach Resort, mereka menjelaskan bahawa hotel mereka sebenarnya tidak mempunyai gangguan atau entiti ghaib seperti yang didakwa oleh segelintir pengunjung.

Namun, yang ada sebenarnya hanyalah Haunted House, satu inisiatif kreatif daripada pihak resort yang menawarkan hiburan seram yang menyeronokkan kepada pengunjung.
Sampai YB pun kena turun ‘check’ sendiri

Yang Berhormat Dr. Rajasekaran, Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung pada khamis lalu telah dijemput untuk merasmikan Haunted House dan merasai sendiri pengalaman kreatif daripada resort itu.
Glory Beach Resort adalah hotel pertama yang menganjurkan Haunted House dan ianya adalah usaha yang sangat baik untuk menarik pelancong.
Pengalaman saya takut sikit, tapi sangat baik. Creation mereka sangat bagus, memang boleh buat kita takut.-Katanya
Dr. Rajasekaran juga berharap dengan adanya program ini, ianya dapat menarik ramai lagi para pelancong dan sekali gus dapat meningkatkan ekonomi komuniti tempatan.
Team Oh! Media pun kena kacau?
Pengalaman dan perjalanan kami dalam rumah hantu itu, kami boleh kata lebih daripada 10 minit juga, sebab ada laluan yang korang kena pilih sendiri. Kalau sesat, kena pandai-pandai cari jalan keluar tau.
Kalau korang berminat untuk pergi ke Haunted House ini, waze sahaja ke Glory Beach Resort. Paling best, tiket dia sangat murah. RM10 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Enjoice!
