Penghantar barang baling bom petrol ditahan

Penghantar barang baling bom petrol ditahan

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Polis menahan penghantar barang selepas menceroboh dan memecahkan pintu kaca bangunan di Bukit OUG dengan membaling molotov cocktail.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan daripada orang awam pada 4.10 pagi, hari ini.

Menurutnya, susulan itu, polis menahan lelaki berusia 28 tahun di tempat kejadian, yang mana pemeriksaan ke atasnya menemukan lapan botol air mineral diisi petrol dengan setiap botol diikat bersama mercun bola.

“Selain itu, terdapat satu botol air aluminium disyaki diisi penuh dengan mercun

bola.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau Hotline Polis Cheras 03-92845050/5051 atau mana-mana balai polis berhampiran.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top