am@hmetro.com.my
Kuala Krai: Beruang matahari yang berkeliaran di sekitar Kampung Gua Ikan, Dabong berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, semalam.
Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, ketika ditangkap beruang matahari dengan anggaran berat 110 kilogram (kg) dalam keadaan stabil sebelum operasi translokasi haiwan itu ke habitat yang lebih sesuai dijalankan pada hari ini.
Katanya, pada 19 Mac lalu, pejabat Perhilitan Daerah Kuala Krai menerima aduan berkenaan beruang matahari yang berkeliaran di kawasan penempatan penduduk sehingga mendatangkan ketakutan dan ancaman kepada mereka.
“Sejurus selepas menerima aduan, kakitangan dari Pejabat Perhilitan Daerah Kuala Krai segera ke lokasi dan memasang dua unit perangkap beruang di kawasan berkenaan.
“Dengan tangkapan beruang matahari ini ia memberi keyakinan kepada penduduk setempat mengenai keselamatan mereka untuk menjalankan tugas harian,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd