Penduduk Gaza ambil makanan tak selamat – FAO

Penduduk Gaza ambil makanan tak selamat – FAO

ISTANBUL – Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, semua penduduk Gaza kini mengalami masalah kekurangan makanan akibat serangan Israel yang tidak henti-henti.

“Pada ketika ini, FAO menganggap semua penduduk awam di Gaza mengambil makanan tidak selamat,” kata ketua pengarahnya, Qu Dongyu.

Beliau juga berkata, sebelum peningkatan konflik semasa, “hampir 60% isi rumah di Gaza dianggap tidak selamat makanan atau terdedah kepada risiko”.

Dongyu menambah, FAO akan menangani sepenuhnya keperluan kemanusiaan yang mendesak penduduk di Semenanjung Gaza dan menegaskan gencatan senjata perlu dilaksanakan segera sebagai “prasyarat untuk keselamatan makanan, dan hak untuk mendapatkan makanan adalah asas. Ia adalah hak manusia”.

Serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza yang memasuki hari ke-39, sekurang-kurangnya 11,180 rakyat Palestin telah terbunuh, termasuk lebih 7,700 wanita dan kanak-kanak, serta kira-kira 28,200 yang lain cedera, menurut angka terkini daripada pihak berkuasa Palestin.

Beribu-ribu bangunan termasuk hospital, masjid dan gereja – juga telah rosak atau musnah dalam serangan udara dan darat Israel yang berterusan ke atas kawasan yang dikepung sejak bulan lalu. – Agensi