Pendakwa Raya Dedah Syed Saddiq Berniat Jahat

Pendakwa Raya Dedah Syed Saddiq Berniat Jahat

Pendakwaan terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, terus hangat apabila Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, mendakwa bahawa bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengarahkan pengeluaran RM1 juta dari akaun ARMADA atas alasan yang tidak sah.

Menurut beliau, Syed Saddiq cuba berselindung di sebalik alasan political mileage (manfaat politik) dan mendakwa wang itu adalah hasil titik peluhnya, namun tindakannya jelas menunjukkan sebaliknya.

Arahan yang diberikan oleh perayu kepada saksi pendakwaan mempunyai kaitan rapat dengan Langkah Sheraton.

Bukti dan kaitan dengan langkah sheraton…

Pendakwaan turut membongkar bahawa pengeluaran wang tersebut berlaku selepas Langkah Sheraton, satu peristiwa besar dalam politik Malaysia yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020.

Penolong Bendahari ARMADA, Rafiq Hakim Razali, mengesahkan bahawa Syed Saddiq sendiri mengarahkan beliau mengeluarkan wang itu dalam satu perbincangan tertutup di rumahnya.

Perayu seolah-olah menjadikan wang di dalam Akaun ARMADA seperti miliknya sendiri yang boleh beliau gunakan sewenang-wenangnya tanpa membuat sebarang kertas kerja.

Selain itu, Syed Saddiq juga dikatakan menggunakan kumpulan WhatsApp bernama VALUE ADD untuk membersihkan imejnya dan sanggup mengheret ibu bapanya dalam kontroversi ini.

Keputusan mahkamah dan hukuman…

Pada 9 November 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan, serta denda RM10 juta terhadap Syed Saddiq atas empat pertuduhan termasuk pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram.

Prosiding dijalankan di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin akan bersambung pada tarikh lain.


Scroll to Top