Pendakian Gunung Everest dibuka, 77 terima permit

Pendakian Gunung Everest dibuka, 77 terima permit

Kathmandu: Nepal mengeluarkan permit kepada 77 pendaki untuk melakukan aktiviti pendakian Gunung Qomolangma atau Everest, yang tertinggi di dunia pada musim pendakian musim bunga tahun ini, kata seorang pegawai pada Ahad, lapor Xinhua.

Pengarah di Jabatan Pelancongan, Liladhar Awasthi berkata, seramai 60 lelaki dan 17 wanita daripada tujuh kumpulan berbeza telah menerima permit untuk mendaki puncak dengan ketinggian 8,848.86 meter itu yang terletak di sempadan Nepal dan China.

Beliau memberitahu Xinhua bahawa lebih banyak permohonan akan diputuskan pada Isnin.

Awasthi berkata, setakat ini, seramai 273 pendaki telah dibenarkan mendaki 29 gunung di Nepal semasa musim pendakian musim bunga, yang bermula pada April dan berlanjutan sehingga Mei.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top