Peniaga-peniaga kecil ketika ini sememangnya ramai yang sudah beralih ke aplikasi atas talian bagi memasarkan produk mereka kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Oleh itu, sokongan daripada pembeli sangat diharapkan oleh mereka bagi melariskan jualan yang tidak pasti keuntungannya.
Oleh itu, influencer yang terkenal dengan perkongsian resepi masak memasak di media sosial, Khairul Aming telah membantu dengan membuat review jujur produk yang dibeli.
Jika sebelum ini, bekas mengisi beras telah tular dan sold out selepas influencer itu membelinya di Shopee, kali ini giliran penjual kek batik pula yang tak henti menerima tempahan susulan Khairul Aming membeli dan makan kek tersebut.
Penjual kek batik yang dikenali sebagai @IkaaZulaikha tersebut begitu terharu dengan review jujur daripada Khairul Aming dan sangat bersyukur kerana lebih 700 biji kek telah habis terjual dalam masa dua jam sahaja.
Dia sangat berterima kasih kepada influencer berkenaan serta rakannya kerana sudi membeli dan mempromosikan perniagaannya secara percuma.
Thank you so muchhh @khairulaming & @kemeyhakim sebab bagi honestt review kek batik nutella kami 😭😭 Alhamdulillah 700++ sold dalam masa 2 jam je thank you so much everyonee!! Dalam minggu ni saya pos yaa ✨ Harap semua dapat bersabar hehe pic.twitter.com/J9kcJUymZL
— zulaikha (@IkaaZulaikha) June 21, 2021
Dalam pada itu, Influencer tersebut juga membalas ucapan terima kasih perniaga tersebut dengan memuji kesedapan kek yang dijual serta memberi kata-kata semangat kepada wanita itu serta team jualannya.
haaa awak rupanya owner kek batik tu 😂 kek sedappp 👌🏻 all the best to you and your team! https://t.co/QvR4nhErYL
— Khairulaming (@khairulaming) June 21, 2021
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut sama mahu mencuba rasa kek batik yang telah tular itu. Namun, pihak penjual berharap agar semua bersabar kerana dia akan segera menambah stok kerana stok tersedia sudah habis.
Sebelum ini, Khairul Aming ada membuat review berkenaan bekas beras yang dibeli menerusi aplikasi Shopee. Tanpa dijangka, perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan peralatan dapur itu habis terjual dalam masa sehari sahaja.
Peniaganya juga mungkin mendapat keuntungan yang agak lumayan dan pastinya mampu tersenyum dengan hasil jualannya.
bekas beras tu dah sold out semua 😅aku kira2 balik tadi around 1,800 unit terjual and owner dia dapat around rm90k sales semalam. i dont know who the owner is tapi murah rezeki dia semalam 👍🏻 all the best to you https://t.co/iM7RmoEnZ6 pic.twitter.com/Gk7UwuynjO
— Khairulaming (@khairulaming) June 21, 2021
Sumber: Twitter @khairulaming, @IkaaZulaikha