Penambah rasa! Tikus selamba ‘ratah’ ayam restoran mamak buat ramai loya

Penambah rasa! Tikus selamba ‘ratah’ ayam restoran mamak buat ramai loya

Sebelum ini, tular di media sosial seorang tukang masak wanita dengan selamba mengelap kemaluan anak selepas selesai membuang air kecil telah mencetuskan perbalahan dan cemuhan netizen.

Malah, difahamkan restoran yang terletak di  pusat beli-belah di Kota Tinggi telah di arah tutup serta-merta selepas pemeriksaan yang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan di daerah tersebut.

Pun begitu, baru-baru ini, tular pula sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @itskriey di laman TikToknya yang merakam seekor tikus sedang memakan ayam di tempat simpanan di sebuah restoran mamak yang dipercayai terletak di Selangor.

@itskriey

Kepada pengemar kedai mamak Ini Baru Surrrr

♬ Tikus – Redita Utomo

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan loya apabila melihat haiwan perosak itu menjamah ayam yang disimpan dan berkemungkinan kemudiannya dimakan oleh pelanggan yang hadir.

Bukan itu sahaja, ramai yang mengkritik cara pengendalian makanan yang dilakukan oleh pemilik premis terbabit yang dilihat tidak menjaga kebersihan sama sekali memandangkan tikus tersebut berkeliaran dan memasuki ruangan makanan.

Dalam pada itu, mereka mendesak agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan undang-undang terhadap premis terbabit untuk menggelakkan sebarang keracunan makanan yang berlaku.

Sumber: TikTok @itskriey