Pemuda ‘nervous’ kali pertama jumpa bakal isteri, netizen kata dua2 segak!

Pemuda ‘nervous’ kali pertama jumpa bakal isteri, netizen kata dua2 segak!

Tidak dinafikan, masih terdapat anak yang menyerahkan soal jodoh kepada ibu bapa. Bukan terlalu memilih, namun pelbagai faktor menyebabkan mereka bersetuju sahaja dengan pilihan orang tua.

Mungkin situasi tersebut boleh dikaitkan dengan seorang pemuda ini yang gementar apabila kali pertama bertentangan mata dengan bakal isterinya.

Kisah pemuda itu dikongsi oleh adik perempuannya yang dikenali sebagai Bibi Eddy dengan memuat naik satu rakaman video menerusi aplikasi TikTok.

@bb.eddy

#fyp

♬ original sound – Bibi Eddy – Bibi Eddy

Menurut Bibi, abangnya jelas kelihatan ‘nervous’ namun cuba bertenang ketika berkunjung ke rumah ibu bapa bakal isterinya bersama beberapa ahli keluarga lain.

“Abang saya kali pertama jumpa bakal isteri dia. Sebelum ni tak pernah jumpa langsung, nampak gementar dia..,” tulisnya.

Selain itu, dia juga berkongsi satu lagi video memaparkan wajah bakal kakak iparnya yang dilihat duduk tersenyum tidak jauh dari lelaki berkenaan.

@bb.eddy

Dua dua malu first time jumpa 🤣 #fyp

♬ Marry Your Daughter – Brian McKnight Jr.

Meninjau ke ruangan komen, video pertama yang meraih hampir 850,000 tontonan itu mendapat pelbagai reaksi netizen dimana rata-ratanya memuji ketampanan lelaki selain berseloroh dengan bertanya Bibi sekiranya memiliki abang lain yang masih bujang.

Malah, segelintir netizen mengatakan wajah bakal isteri abangnya kelihatan seiras seperti pelakon popular Uqasha Senrose sekali gus tidak jemu mata memandang.

Sumber: TikTok @bb.eddy