am@hmetro.com.my
Johor Bahru : Lapan individu termasuk seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Bella’ dipercayai terbabit dalam kejadian memukul seorang pemuda secara beramai-ramai sehingga longlai akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, esok.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kesemua suspek yang berusia 19 hingga 26 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 342, Seksyen 385 serta Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
“Kesemua suspek akan dituduh esok,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.
Terdahulu, kesemua suspek ditahan kira-kira 2.30 pagi, Isnin lalu ketika cuba melarikan diri dari Pangsapuri Plentong Baru Masai, Pasir Gudang di sini.
Sebelum ini, tular di media sosial beberapa klip video, memaparkan seorang pemuda longlai selepas dipukul beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah rumah yang dipercayai berlaku di Pasir Gudang di sini.
© New Straits Times Press (M) Bhd