Baru-baru ini, bintang pop terkenal, Justin Bieber mengumumkan tarikh baharu konsert jelajah Justice World Tour yang akan diadakan di 20 buah negara tahun ini, termasuklah Malaysia.
Ini sekaligus menjadikan Bieber sekali sebagai artis antarabangsa pertama yang akan mengadakan konsert berskala besar di Malaysia selepas negara dilanda pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.
Difahamkan konsert itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil di ibu negara pada 22 Oktober ini.
Melihat kepada pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan konsert jelajah itu, para peminat dilihat tidak senang duduk untuk bertemu bintang antarabangsa tersebut pada Oktober depan.
![](https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2022/03/Screenshot-2022-03-24-at-2.52.00-PM.png)
Keterujaan peminat pastinya akan terbantut setelah melihat kepada harga yang ditawarkan mengikut kepada beberapa kategori.
Namun, ada pihak yang merendahkan martabat seorang penyanyi rock lagenda tanah air, Ramli Sarip di ruangan tersebut.
— malaytwt (@hourlymalaytwt) March 23, 2022
Meksipun komen tersebut adalah jenaka sahaja, namun ia seolah-olah tidak menghormat penyanyi rock tersebut sehingga mengundang kecaman di kalangan netizen.
Selain itu, hasil tinjauan di ruangan komen, terdapat netizen memberikan nasihat supaya tidak menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli tiket tersebut.
Sumber : Twitter @Azfarheri , @hourlymalaytwt