Pempengaruh, penyokong ditahan polis

Pempengaruh, penyokong ditahan polis

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Polis menahan 11 lelaki termasuk pempengaruh media sosial selepas terbabit dalam rusuhan di restoran di Lalaport, Bukit Bintang, di sini, selepas perlawanan tinju.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pada 12.45 tengah malam,26 Februari lalu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerima satu laporan polis berhubung kejadian rusuhan dalam kalangan penyokong satu perlawanan tinju membabitkan pempengaruh media sosial bertempat di sebuah restoran.

Menurutnya, bertindak atas laporan polis itu, pihak polis menahan 11 lelaki berusia antara 17 sehingga 28 tahun untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Kesemua tangkapan direman selama dua hari mulai 26 hingga 27 Februari lalu bagi siasatan lanjut.

“Kesemua tangkapan diberikan jamin polis dan pihak polis akan merujuk kertas siasatan ke pejabat Timbalan Pendakwaraya Kuala Lumpur untuk keputusan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, justeru, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang.

“Tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top