Pempengaruh Dipanggil MCMC Selepas Buat Hantaran Mahu ‘Scrut’ Nurul Izzah | Oh! Media

Pempengaruh Dipanggil MCMC Selepas Buat Hantaran Mahu ‘Scrut’ Nurul Izzah | Oh! Media

Seorang pempengaruh media sosial terkenal, Aliff Ahmad dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas memuat naik hantaran Facebook menyasarkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Dalam hantaran tersebut, Aliff menawarkan carian latar belakang ke atas Nurul Izzah menggunakan sistem yang dikenali sebagai “Scrut Analytica”.

Namun, beliau meminta perkongsian mendapat 20,000 shares terlebih dahulu.

Dipanggil MCMC

aliff ahmad

Terbaru, Aliff Ahmad mendakwa menerima notis rasmi daripada MCMC untuk hadir ke ibu pejabat mereka di Cyberjaya pada pukul 8 malam semalam.

Namun, beliau secara terbuka enggan hadir dan mencabar pihak berkuasa untuk mendapatkan waran tangkap terlebih dahulu.

Walaupun belum mencapai 20,000 shares, beliau kini mempertimbangkan untuk meneruskan tindakan itu selepas dipanggil oleh pihak berkuasa.

Aliff juga mendakwa sebelum ini dia pernah membuat laporan terhadap laman web yang didakwa menjual data dari Jabatan Pendaftaran Negara, tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh MCMC.

Beliau turut mempersoalkan keutamaan pihak berkuasa apabila banyak kandungan tidak bermoral dan melanggar undang-undang di media sosial masih belum diambil tindakan.

Pada pagi ini, Aliff memaklumkan akan hadir ke pejabat MCMC pada pukul 10 pagi untuk memberi kerjasama kepada pihak berkenaan.

Scroll to Top