Peminat terkesima, siap minta Mierul Aiman kongsi tips ketiak ‘smooth’

Peminat terkesima, siap minta Mierul Aiman kongsi tips ketiak ‘smooth’

Nama pendatang baharu dalam industri hiburan, Mierul Aiman semakin menjadi bualan ramai selepas kejayaan drama bersiri Projek: High Council baru-baru ini.

Semenjak itu, setiap hantaran dikongsikan pelakon berusia 25 tahun sentiasa mendapat perhatian ramai terutama di kalangan peminat.

Terbaharu, penampilan Mierul atau nama asalnya Mohammad Amirul Aiman Norazman muncul sebagai ‘wajah’ majalah Glam Lelaki seperti dikongsikan menerusi laman Instagram menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran Glam Lelaki, ia menyatakan tidak lengkap bagi segmen ‘isu wanita’ sekiranya tiada wajah jejaka tampan yang menjadi perhatian ramai peminat.

Bagaimanapun apa yang menarik perhatian ramai adalah sekeping foto memaparkan ‘pose’ ketiak pelakon drama bersiri WTwo Worlds‘ Malaysia terbitan Viu Original.

“HOT BOY SUMMER! Tak lengkap our ‘woman’s issues’ tanpa wajah terhangat masa kini, Mierul Aiman. Bikin obsesi generasi kini!
“Drama Projek: High Council memberi impak luar biasa kepada Mierul Aiman apabila namanya menjadi bualan ramai selepas membintangi drama tersebut,”tulis Glam Lelaki.

Seperti yang dijangka, ia mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet terutama peminat wanita yang meninggalkan komen hampir terpukau dengan ketampanan Mierul.

Malah, ada di kalangan warganet memuji ketiak Mierul yang dilihat sangat bersih dan licin sahaja sehingga dikatakan mengalahkan wanita.

Selain itu, ada juga warganet meminta tips yang boleh diaplikasikan oleh peminat yang mendambakan ketiak licin seperti ditonjolkan Mierul dalam gambar tersebut.

Sementara itu, ramai di kalangan warganet meluahkan rasa kecewa apabila melihat fesyen yang digayakan oleh idola mereka semakin ‘aneh’.

Sumber: Instagram @glamlelaki

Scroll to Top