Peminat K-Pop teruja jumpa ‘idol’, makcik Rela pula buat muka tak bagi bergambar

Peminat K-Pop teruja jumpa ‘idol’, makcik Rela pula buat muka tak bagi bergambar

Sikap tegas anggota-anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sewaktu bertugas di acara 2022 Mokkoji Korea pada hujung minggu lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah mengundang pelbagai maklum balas dari netizen terutamanya di media sosial.

Menerusi salah satu video yang tular, seorang anggota Rela perempuan telah memarahi peminat-peminat selebriti Korea Selatan serta sentiasa memberikan renungan dan menunjukkan wajah serius ketika mengawasi acara tersebut.

Hal ini dikongsikan seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @browlixies apabila memuat naik video sewaktu peminat berpusu-pusu ingin menemui ‘idol’ mereka.

“Korang kalau Korea beria sambut, Nabi Muhammad S.A.W takde pun,” jeritnya.

Dalam pada itu, pengguna Twitter berkenaan turut mengatakan yang anggota tersebut melakukan kekerasan dengan menolak mereka yang hadir.

Menurutnya, tindakan sebegitu seperti memalukan nama baik Malaysia di mata artis luar kerana melayan peminat mereka dengan kasar.

“Untuk makluman semua, makcik ini menolak beberapa orang dengan agresif untuk paksa mereka jalan semasa di atas pentas. Sangat memalukan Malaysia.
“Sejujurnya tiada sesiapa bertindak kasar terhadap idol (artis Korea), makcik itu tak sepatutnya berada di situ untuk menghalang idol, macam mana orang nak high five kalau makcik over macam tu?” dakwanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan anggota Rela tersebut kerana menggangu mereka bertemu ‘idol’ yang datang dari jauh.

Mereka juga merasakan apa yang dilakukan anggota tersebut keterlaluan memandangkan bukan senang mahu bertemu selebriti yang mereka minati.

 

 

Difahamkan, acara 2022 Mokkoji Korea berlangsung selama dua hari pada 12 dan 13 November lalu di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) Kuala Lumpur.

Acara pameran budaya Korea itu turut menampilkan persembahan beberapa selebriti K-Pop seperti Moonbin & Sanha, Jeon Somi dan Blank2y.

Sumber: Twitter @browlixies

Scroll to Top